hosted by tripod
Check out the NEW Hotbot Tell me when this page is updated

ALAT PENGESAN RADIOAKTIF

Elektroskop

                                                             

 

 

 

 

 

Tindakan : Elektroskop akan daicaskan positif apabila sumber alfa dibawa dekat dengan cakera elektroskop.

Pemerhatian : Pencapahan keranjang emas akan berkurang. Akhirnya, keranjang emas kelihatan menguncup.

Penjelasan : Zarah-zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di sekeliling klektroskop dan pasangan ion dihasilkan. Selepas itu, elektroskop bercas itu menarik ion-ion negatif dan seterusnya elektroskop itu dinyahcaskan.

 

Pembilang bunga api

Tindakan : Beza keupayaan tinggi bagi bekalan voltan lampau tinggi ditambah dengan perlahan-perlahan sehingga bunga api mula terhasil. Kemudian, beza keupayaan itu dikurangkan sedikit sehingga bunga api berhenti terhasil. Selepas itu, sumber radioaktif alfa dibawa dekat dengan kasa dawai.

Pemerhatian : Apabila sumber alfa jauh daripada kasa dawai, tiada bunga api terhasil. Apabila Sumber alfa dibawa dekat kasa dawai, bunga api dapat dilihat dan bunyi percikan didengar.

Penjelasan : Zarah alfa mempunyai julat yang pendek dalam udara. Apabila sumber alfa jauh daripada kasa dawai, tiada zarah alfa sampai ke ruang di antara kasa dawai dengan dawai halus. Apabila sumber alfa cukup dekat dengan kasa dawai, zarah-zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di antara kasa dawai dengan dawai halus. Ion positif dan ion negatif yang terhasil akan tertarik ke kasa dawai (terminal negatif) dandawai halus (terminal positif masing-masing dengan pantas. Pergerakan ion-ion ke arah yang bertentangan akan menyebabkan perlanggaran yang menghasilkan bunga api. Penghasilan bunga api sacara rawak menunjukkan keradioaktifan ialah proses yang rawak. Pembilang bunga api boleh mengesan zarah alfa sahaja.

 

Pembilang Sintilasi

Apabila sinaran radioaktif melalui hablur natrium iodida, tenaganya diserap dan cahaya nampak dihasilkan. Cahaya ini menyebabkan elektron-elektron dikeluarkan oleh suatu foto katod. Elektron akan dikesan dan digandakan oleh tiub penggandaann foto untuk menghasilkan suatu isyarat elektrik.Isyarat elektrik ini diperkuat dengan menggunakan amplifier. Isyrat elektrik ini dikutip dan dibilang oleh suatu pembilang elektronik.Pembilang sintilasi bertindak dengan cepat dan cekap. Semua jenis sinaran boleh dikesan oleh pembilang sintilasi termasuk sinar-X.

 

Plat Fotograf

Permukaan plat fotograf disalut dengan argentum bromida yang peka kepada cahaya dan sinaran radioaktif. Apabila terdedah kepada cahaya atau sinaran radioaktif, unsur argentum akan menghitamkan plat selepas diproses. Darjah kehitaman bergantung kepada keamatan sinaran yang diterima oleh plat. Plat fotograf digunakan dalam lencana keselamatan yang dipakai olehpekerja di tempat dedahan sinaran radioaktif..