hosted by tripod
Check out the NEW Hotbot Tell me when this page is updated

ALAT PENGESAN RADIOAKTIF

Tiub Geiger-Muller (tiub G-M)

Tiun G-M ialah alat pengesanan yang sangat peka. Tiub G-M boleh mengesan zarah alfa, zarah beta dan sinar gama.

Prinsip kerja : Sinaran yang memasuki tiub melalui tingkap mika mengionkan atom-atom argon untuk menghasilkan ion positif dan elektron. Elektron yang terhasil dipecutkan menuju ke anod manakala ion-ion positif dipecutkan ke katod. Apabila menghampiri anod, elektron itu mempunyai tenaga yang cukup untuk menghasilkan pengionan tambahan. Dengan ini, sebilangan besar elektron-elektron akan sampai ke anod. Semua elektron ini dikutip oleh anod untuk menghasilkan satu denyutan arus. Denyutan arus ini dikuatkan oleh amplifier dan dihantar ke pembilang atau meter kadar. Pembilang akan membilang bilangan denyutan arus yang dihasilkan dalam suatu sela masa. Bilangan denyutan yang direkod ialah bilangan sinaran radioaktif yang memasuki tiub G-M.

Pembilang latar belakang : Apabila tiub G-M dan pembilang dipasang, suatu pembilangan rawak direkodkan walaupun tiada sumber radioaktif dibawa dekatnya. Pembilang ini dinamakan pembilang latar belakang. Pembilangan latar belakang disebabkan oleh bahan radioaktif di bumi dan alam sekeliling seperti seperti batu, tanah dan pasir yang radioaktif dan sinar kosmik dari angkasa lepas yang terdiri daripada zarah-zarah bertenaga tinggi yang boleh menembusi atmosfera. Kesan pembilang latar belakang mesti diambil kira dan pembetulan dibuat pada bacaan pembilang untuk mendapatkan pembilang sinaran sebenar yang berpunca daripada unsur radioktif.

 

Kebuk Awan

Bahagian

Fungsi

Span

Menekan  pepejal karbon dioksida supaya bersentuhan dengan dasar logam

Dasar logam yang dicat hitam

Dasar disejukkan oleh pepejal karbon dioksida dan seterusnya menyejukkan udara di atasnya. Warna hitamnya menyediakan latar belakang gelap yang membolehkan runut-runut dapat dilihat dengan jelas.

Kepingan kain felt yang dibasahi dengan alcohol dan air.

Alkohol dan air akan menyejat dan meresap ke bawah untuk disejukkan

Tudung perspeks

Selepas digosok, tudung menjadi bercas dan menarik ion-ion di dalam kebuk. Dengan cara ini, runut-runut lama dihapuskan dan runut-runut baru boleh diperhatikan dengan jelas.

Prinsip kerja : Di bahagian atas kebuk, suhu menghampiri suhu bilik. Ini menyebabkan alkohol dan air menyejat dari kepingan felt. Wap alkohol dan wap air yang terbentuk akan meresap ke bahagian bawah kebuk. Bahagian bawah kebuk disejukkan oleh pepejal karbon dioksida. Semasa wap alkohol dan wap air meresap ke bawah, suhunya dikurangkan dan wap lampau tepu terbentuk. Sinaran radioaktif yang terhasil akan mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang lintasannya. Wap alkohol mengkondesasi pada ion-ion yang terhasil. Titisan-titisan alkohol yang banyak ini membentuk runut yang dapat dilihat sebagai garisan-garisan cerah di atas plat logam hitam.

Runut

Ciri runut

Penjelasan

Zarah alfa  

Tebal

- Kuasa pengionan yang paling tinggi

- Banyak pasangan ion terhasil

- Banyak titisan alcohol terbentuk pada ion-ion

Lurus

Zarah alfa mempunyai jisim yang agak besar dan tidak terpesong oleh molekul udara

Lebih kurang sama panjang

Semua zarah alfa dipancarkan dengan tenaga yang sama

Zarah beta  

Halus

- Kuasa pengionan yang lebih rendah

- Tidak begitu banyak pasangan ion terhasil

Melengkung

Zarah beta mempunyai jisim yang sangat kecil dan dipesong oleh molekul-molekul udara semasa perlanggaran

Tidak sama panjang

- Zarah beta mempunyai tenaga yang berbeza

- Zarah yang lebih bertenaga boleh bergerak lebih jauh dan menghasilkan runut yang lebih panjang

Sinar gama

Pendek dan sangat halus

Kuasa pengionan yang sangat rendah

Bertaburan dan jarang

Sedikit pasangan ion dihasilkan.