Konsep Setengah Hayat

 

         Nukleus-nukleus di dalam satu sampel bahan radioaktf mereput pada masa yang berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawak. Oleh sebab satu sampel radioaktif mengandungi bilangan radioaktif yang sangat besar, reputan radioktif berlaku pada setiap ketika. Keaktifan suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut.

 

Kadar reputan = Bilangan reputan per saat

                           = Bilangan zarah yang dipancar sesaat

 

          Unsur radioaktif yang berlainan mereput pada kadar yang berbeza. Kadar reputan berubah secara langsung dengan bilangan atom yang radioaktif. Apabila suatu sampel radioaktif mereput,

(a)bilangan atom yang belum reput semakin berkurang,

(b)bilangan atom yang sudah reput semakin bertambah,dan

(c)jumlah bilangan atom adalah tetap.

 

           Keaktifan suatu bahan radioaktif bergantung kepada bilangan atom yang belum mereput.Apabila bilangan atom yang belum reput semakin kuang dengan masa, keaktifan berkurang dengan masa.

 

Setengah hayat = masa yang diambil untuk keaktifan suatu unsur radioaktif      

                                 berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya.

 

            Radioisotop yang berlainan mempunyai setengah hayat yang berlainan.(Lihat Jadual 1). Dalam masa satu setengah hayat,

(a)keaktifan diperseparuhkan

(b)bilangan atom yang aktif diperseparuhkan.

(c) kadar pancaran sinaran diperseparuhkan.

                                            

  Kegunaan Setengah Hayat

 

            Maklumat tentang setengah hayat suatu bahan radioaktif adalah penting terutamanya dalam bidang perubatan. Unsur radioaktif yang digunakan untuk tujuan perubatan biasanya mempunyai setengah hayat yang pendek supaya pesakit tidak terdedah kepada sinaran radioaktif terlalu lama. Misalnya, teknetium-99-m yang mempunyai setengah hayat 6 jam disuntik ke dalam darah pesakit untuk mengesan kanser otak, pendarahan dalaman dan pembekuan darah. Selepas 1 hari, keaktifan teknetium-99m akan berkurang kepada 1/16 nilai asalnya dan tidak akan membahayakan pesakit itu. Radio isotop yang berlainan mempunyai setengah hayat yang berlainan. Kita dapat mengenal pasti suatu radioisotop yang tidak diketahui dengan mengkur setengah hayatnya.

            Dalam bidang arkeologi, karbon-14 digunakan dalam penentuan usia barang purba. Neutron dalam sinaran kosmik melanggar nitrogen di atmosfera dan membentuk karbon-14. Ini menyebabkan sebahagian kecil daripada atom karbon dalam gas karbon dioksida wujud sebagai radioisotop karbon-14(C-14). Tumbuhan hidup menyerap karbon dioksida dari atmosfera. Kandungan C-14 dalam tumbuhan sentiasa tetap kerana C-14 lama yang telah mereput akan diganti dengan C-14 baru dari karbon dioksida.Haiwan dan manusia akan makan tumbuhan yang mengandungi C-14. Oleh itu, haiwan dan manusia juga mengandungi C-14.Apabila suatu hidupan mati, C-14 yang baru tidak memasuki tisunya lagi. Maka C-14 yang lama akan mereput dan keaktifan semakin berkurangan.Apabila sesuatu benda purba dijumpai, keaktifan bagi 1 gram karbon benda tersebut dibanding dengan keaktifan bagi 1 gram karbon pada masa kini. Dengan cara ini, usia benda purba itu dapat ditentukan. Katakan keaktifan 1 g karbon-14 kini ialah 16 minit per saat. Suatu benda purba memberikan keaktifan 4 minit per saat bagi 1 g karbon-14.