hosted by tripod
Check out the NEW Hotbot Tell me when this page is updated

REPUTAN RADIOAKTIF

Struktur Atom

Atom terdiri daripada satu nukleus di tengah dan elektron-elektron yang bergerak mengelilinginya.Zarah-zarah di dalam nukleus dikenali sebagai nukleon.Terdapat dua jenis nukleon, iaitu proton dan nukleon.Proton, neutron dan elektron merupakan zarah-zarah asas dalam suatu atom.

 

Unsur X biasanya ditulis dengan menggunakan simbol. Z ialah nombor proton atau 

nombor atom.  Bagi atom yang neutral pula, Z juga mewakili bilangan elektron yang mengorbit mengelilingi nukleus. A ialah nombor nukleon yang mewakili jumlah proton dan neutron dalam nukleus itu.

Simbol

Nama

Bilangan

Bilangan

Bilangan

Unsur

Unsur

Proton

Neuron

Elektron

1

H

Hidrogen

1

0

1

1

14

N

Nitrogen

7

7

7

7

23

Na

Natrium

11

12

11

11

 Proton, neutron dan elektron boleh diwakili dengan cara yang sama.

Zarah

Simbol

Jisim

Jisim

Nilai

asas

 

sebenar

relatif

cas

Proton,p

1

p

1.67 X 10-27  kg

1

+1.6 X 10-19 C

1

Neutron,n

1

n

1.67 X 10-27  kg

1

0

0

Elektron,e

0

e

9.11 X 10-31  kg

1/1840

-1.6 X 10-19  C

-1

 

Radioisotop

Isotp suatu unsur ialah atom-atom unsur itu yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan.Atom-atom itu mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor neukleon yang berlainan.Isotop yang neukleusnya tidak stabil dikenali sebagai radioisotop

Isotop

Isotop yang tidak stabil

yang stabil

(radioisotop)

1

H

3

H

1

1

12

C

14

C

6

6

31

P

32

P

15

15

88

Sr

90

Sr

38

38

  Atom dengan nombor neukleon yang besar berkemungkinan mempunyai nukleus yang tidak stabil.

 

Keradioaktifan

Keradioaktifan ialah proses reputan nukleus yang tidak stabil dengan memancar sinaran radioaktif untuk menjadi lebih stabil. Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif, iaitu Zarah alfa, Zarah beta dan Sinar gama. Satu nukleus radioaktif boleh mengeluarkan satu atau lebih daripada sejenis sinaran radioaktif.

 

Zarah alfa

Zarh beta

Sinar gama

 

(α)

(β)

(γ)

Sifat semula jadi

Nukleus helium

Elektron berhalaju tinggi.

Gelombang elektromahnet berfrekuensi tinggi

Simbol

4

He

0

e

-

2

-1

Cas

+2e

-e

Tiada cas

+2 X (1.6 X 10-19 C)

-1.6 X 10-19 C

Jisim

Besar

Sangat kecil

Tiada jisim

Halaju

Hampir 100% laju cahaya

Hampir 90% laju cahaya

Sama dengan laju cahaya

 

Unsur

Simbol

Sinaran yang dipancarkan

Amerisium-243

243

Am

α

95

Strontium-90

90

Sr

Β

38

Kobalt-60

60

Co

γ

27

Aktinium-227

227

Ac

α, β, γ

89

Plumbum-210

210

Pb

α, β, γ

82

  Sinaran radioaktif boleh mengionkan atom-atom bahan yang dilaluinya. Pengionan ialah penyingkiran satu atau lebih elektron daripada suatu atom.

Apabila satu zarah alfa melintasi berhampiran dengan satu molekul udara, zarah alfa akan menarik keluar satu elektron daripada molekul itu. Satu pasangan ion dihasilkan:

(a) Elektron yang tersingkir = Ion negatif

(b) Molekul yang kehilangan satu elektron = Ion positif.

Ion negatif adalah sangat ringan berbanding dengan ion positif. Semua sinaran radioaktif boleh mengionkan atom-atom pepejal, cecair dan gas. Pasangan-pasangan ion dihasilkan sepanjang runut atau jejak suatu sinaran radioaktif.

(a) Zarah alfa : 10000 pasangan ion per mm udara

(b) Zarah beta : 100 pasangan ion per mm udara.

(c) Sinar gama : 1 pasangan ion per mm udara.

Zarah alfa mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi manakala sinar gama mempunyai kuasa pengionan yang paling rendah.

Ciri

Zarah Alfa α

Zarah Beta β

Sinar Gama γ

Kuasa pengionan

Paling tinggi

Kurang daripada alfa

Paling rendah

Kuasa penembusan

Amat rendah

Lebih tinggi daripada alfa

Amat tinggi

Julat dalam udara

Beberapa sentimeter

Beberapa meter

Beberapa ratus meter

Dihentikan oleh

Kertas nipis atau kulit manusia

Beberapa millimeter aluminium

Beberapa sentimeter plumbum atau beberapa meter konkrit.

Kesan medan elektrik

Mengalami sedikit pesongan mengarah ke negatif

Mengalami pesongan yang paling besar kerana jisimnya paling kecil

Tidak dipesong kerana sinar gama tidak bercas

Kesan medan magnet

 

Rajah menunjukkan perbandingan kuasa penembusan antara zarah alfa, beta dan sinar gama.