hosted by tripod
Check out the NEW Hotbot Tell me when this page is updated

TENAGA NUKLEAR

            Dalam tindak balas nuklear atau reputan radioaktif,jumlah jisim zarah -zarah terhasil adalah lebih kecil daripada jisim zarah asal.Tindak balas nuklear atau reputan radioaktif itu mengalami suatu kehilangan jisim atau cacat jisim.Jisim yang hilang itu telah bertukar kepada tenaga.Hukum keabadian jisim-tenaga Einstein menyatakan bahawa jisim m dan tenaga E boleh bertukar antara satu dengan yang lain.

 

Unit jisim atom(u.j.a.)

          Dalam tindak balas nuklear atau reputan radioaktif,jisim zarah diukur dalam unit jisim atom (u.j.a).Satu u.j.a. ialah satu per dua balas daripada jisim satu atom karbon-12. Daripada eksperimen ,jisim satu atom karbon-12=1.993 x 10-26.

Maka,     1 u.j.a. = 1/12 x 1.993 x 10-26 kg

                           =  1.66 x 10-27 kg

 

Pembelahan nukleus

           Pembelahan nukleus ialah proses pemecahan satu nukleus berjisim besar kepada dua nukleus yang lebih ringan disertai dengan pembebasan tenaga. Nukleus -nukleus ringan itu jisim yang hampir sama antara satu sama lain.Pembelahan biasa berlaku apabila satu nukleus berjisim besar dihantam oleh satu nuetron.Pembelahan nukleus menghasilkan suatu cacat jisim atau jisim yang hilang.Jisim yang hilng itu bertukar kepada tenaga kinetik nukleus hailan pembelahan.Apabila satu nukleus pembelahan ini berlanggar dengan atom-atom sekeliling , tenaga kinetik ditukar kepada tenaga haba.Satu nukleus uranium-235 yang dihantam dengan satu neutron akan dibelah kepada dua nukleus yang besar dan tiga neutron baru dihasilkan .Tenaga yang dibebaskan oleh pembelahan nukleus adalah sangat besar berbanding dengan tenaga yang dibebaskan oleh tindak balas kimia.

 

Tindak balas berantai

            Proses pembelahan nukleus menghasilkan beberapa neutron yang baru. Setiap neutron baru itu dapat menghasilkan pembelahan nukleus yang baru. Proses pembelahan itu akan berterusan dan satu tindak balas berantai akan terjadi. Tindak balas berantai hanya berlaku jika jisim sampel uranium itu melebihi suatu nilai minimum yang tertentu yang dikenali sebagai jisim genting. Jisim genting bagi sampel uranium itu bergantung kepada bentuknya. Jisim genting bagi sampel berbentuk sfera lebih kecil daripada jisim genting bagi sampel berbentuk cakera kerana sampel berbentuk sfera mempunyai luas permukaan yang lebih kecil daripada sampel yang berbentuk cakera. Oleh itu, bilangan neutron baru yang terlepas dari sampel yang berbentuk sfera lebih kecil daripada bilangan neutron baru yang terlepas daripada sampel yang berbentuk cakera.  

Pelakuran nukleus

            Pelakuran nukleus berlaku apabila dua nukleus bercantum untuk menjadi satu nukleus yang lebih berat. Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan elektrik antara satu dengan yang lain. Tindak balas pelakuran sentiasa berlaku di permukaan matahari kerana terdapat banyak gas hidrogen dan suhunya yang amat tinggi.